Monday, August 9, 2010

Isti'zan Dari Ibubapa Walaupun Ke Lapangan Amal

Wajib Meminta Izin Ibubapa Sekalipun Dalam Urusan Agama.

Abu Sa‘id al-Khudri rh berkata: Sesungguhnya seorang lelaki dari Yaman telah berhijrah kepada Rasulullah SAW (untuk berjihad) lalu baginda bertanya: “Adakah kamu mempunyai seseorang di Yaman?” Dia menjawab: “Ibubapa aku.” Rasulullah bertanya: “Adakah mereka memberi izin kepada engkau?” Dia menjawab: “Tidak.” Rasulullah bersabda: “Kembalilah kepada mereka berdua dan mintalah izin dari mereka berdua. Jika mereka mengizinkan engkau, maka berjihadlah akan tetapi (jika tidak) maka berbuat baiklah kepada mereka berdua..."

Kita tidak memiliki pilihan sewenang-wenangnya untuk keluar rumah melainkan perlu terlebih dahulu mendapat izin dan redha ibubapa. Keluar daripada rumah boleh dibahagikan kepada beberapa suasana:

Suasana Pertama:

Kita keluar untuk tujuan yang menyelisihi syari‘at, seperti pergi ke kelab hiburan malam. Tidak perlu meminta izin ibubapa dalam perkara yang sememangnya tidak diizinkan oleh syari‘at. Malah seandainya ibubapa menggalakkannya, kita tidak perlu menuruti galakan tersebut tetapi justeru menasihati dan membetulkan mereka.

Suasana Kedua:


Kita keluar untuk tujuan yang harus, seperti berjalan-jalan di taman atau ke pusat membeli belah. Perlu meminta izin ibubapa dan mencari keredhaan mereka. Seandainya mereka tidak mengizinkan, maka kita tidak boleh keluar dari rumah.

Suasana Ketiga:

Kita keluar untuk tujuan yang selari dan dituntut oleh syari‘at, seperti pergi solat berjamaah, berdakwah dan menuntut ilmu. Kita tetap perlu meminta izin ibubapa dan mencari keredhaan mereka. Seandainya mereka tidak mengizinkan, duduklah berbincang dengan secara lemah lembut dan hikmah untuk mencari jalan penyelesaian yang dipertengahan. Mungkin mereka melarang kerana berlaku salah faham atau mereka sendiri menghajatkan sesuatu daripada kita pada saat itu.


Suasana Keempat:

Kita terpaksa keluar disebabkan berlakunya sesuatu yang genting, seperti keluar berjihad apabila musuh tiba-tiba menyerang atau keluar membantu mangsa apabila berlaku kemalangan jalan raya di hadapan rumah. Dalam suasana genting seperti ini, kita hendaklah bersikap bijak dalam menimbang antara dua tuntutan agama, manakah lebih yang lebih patut diberi keutamaan (Fiqh al-Awlawiyat: فقه الأولويات). Maka dibolehkan keluar tanpa izin dan redha ibubapa dalam suasana yang genting lagi terpencil ini.

Perkara lain yang perlu diperhatikan adalah, sekalipun diizinkan untuk keluar rumah, kita hendaklah memerhatikan sama ada ibubapa memiliki hajat tertentu dalam tempoh pemergian itu. Ini kerana ibubapa, disebabkan oleh sifat kasih sayang yang amat mendalam, lazimnya akan mengizinkan kita sekalipun mereka pada tempoh tersebut menghajatkan sesuatu daripada kita. Justeru jika jelas kelihatan bahawa ibubapa memiliki hajat tertentu, janganlah keluar melainkan dilaksanakan terlebih dahulu apa yang dihajati oleh mereka.



P/S : maka, sekiranya mahu berusrah sekalipun di luar, janganlah sampai berbohong dengan ibubapa atau tidak meminta izin dahulu dari mereka apatah lagi sekiranya ibubapa itu dari kalangan mereka yang juga memahami hakikat dakwah, tarbiyyah. Sesetengah anak muda dan daie kini mengambil remeh persoalan ini kerana ada juga yang telah "mengqiaskan" kisah Ghulam Dakwah dengan Ahli Sihir sama kesnya seperti dirinya dengan ibubapanya. Inilah qias yang dinamakan Qias Ma'al Faariq yang jelas bertentangan dan tiada kaitan langsung kerana ibubapa kita masih muslim, apatah lagi yang berada dalam dakwah.

Teguran Ikhlas Untuk Saudaraku Hasan Halim


Saya cuba mencermati setiap kata-kata yang dituliskan oleh saudara saya yang saya amat kenali, iaitu Hasan Halim (kalau tidak tersalah orangnya)

Buat saudaraku Hasan yang dikasihi, 
inginku sampaikan pada dirimu bahawa Allah telah membeli hati-hati kita, jiwa kita, diri kita, dengan bayaran tertinggi yang tidak ada tandingannya yakni syurga-Nya jika kita benar-benar beriman, Moga Allah menempatkan kita semua di syurga Al-Firdaus Al-A'la! Hati kita telah lama bersatu atas dakwah, telah lama diikat dengan janji setia kepada-Nya untuk bermatian dalam jalan-Nya. Moga Allah mengampuni kita.

...................................
Hasan Halim, di Ogos 5, 2010 pada 9:29 am 

"…Sape IM, sape bukan IM kesah ape… IM dapat pahala, bukan IM tak dapat pahala…gitu???
(..belum soal betul ke tidak claim diri tu) Sape yang beramal, membina individu, masyarakat,i tu persoalannye… kadang2 ade yang habis mase nak kate diri IM, tapi ntah ke mane amal, ade kate beramal, tp ntah mcmane manhaj…

Senang cerite… :
“dan beramallah, ALLAH akan melihat amal kamu dan rasulnya dan orang2 mukmin…”
Wallahu a’lam.


Komentar dari saya buat sahabat yang dikasihi : 

sudah benar pernyataan saudara Hasan tentang siapa yang bisa menjamin kita ini di syurga atau tidak hanya kerana IM. IM tidak sesekali bisa menjamin kita ke syurga!

janganlah seorang daie itu disibukkan dirinya dengan terma-terma ikhwanic seperti "Ikhwanul Muslimin" atau tidak, janganlah kita sering disibukkan dengan siapa lebih ikhwanic, siapa lebih memahami manhaj taghyir, siapa yang lebih amalnya berbanding lain kerana pastinya hal-hal seperti ini menjatuhkan kita ke kancah ujub. Pasti dan sangat pasti, ianya membawa kita kepada Ujub (merasa takjub dengan diri).

Buat Hasan, janganlah kita ceburkan diri kita dengan membanding-bandingkan amal siapa dan siapa yang telah beramal. Kerana ini sama sekali tidak pernah ditunjukkan oleh para sahabat  Rasululullah SAW. Para sahabat baginda memang sering berlumba-lumba dalam beramal, namun, bukanlah kita mahu melihat kepada siapa yang beramal dan siapa yang tidak beramal apatah lagi menjerumuskan kita ke dalam perbandingan amal siapa yang lebih tepat, amal siapa yang lebih asolah, manhaj siapa yang lebih jelas, siapa yang lebih menonjol amalnya dan sebagainya sehingga mencederakan hati orang lain. Sikap ini sering memerangkapkan kita kepada Ujub.

Bisyr Al-Hafi berkata: “Yaitu menganggap hanya amalanmu saja yang banyak dan memandang remeh amalan orang lain.”

Sufyan Ats-Tsauri rh berkata: “...iaitu perasaan takjub terhadap diri sendiri hingga seolah-olah dirinyalah yang paling utama daripada yang lain. Padahal boleh jadi ia tidak dapat beramal sebagus amal saudaranya itu dan boleh jadi saudaranya itu lebih wara’ dari perkara haram dan lebih suci jiwanya berbanding dirinya!”

Al-Fudhail bin Iyadh rh berkata: “...Iblis jika ia dapat melumpuhkan bani Adam dengan salah satu dari tiga perkara ini: ujub terhadap diri sendiri, menganggap amalnya sudah banyak dan lupa terhadap dosa-dosanya. Dia berkata: “Saya tidak akan mencari cara lain.

Rasulullah SAW berkata : "...Sesungguhnya seluruh orang yang sombong akan dikumpulkan pada hari Kiamat bagaikan semut yang diinjak-injak manusia.” Ada seseorang yang bertanya: “Wahai Rasulullah, bukankah seseorang itu ingin agar baju yang dikenakannya bagus, sandal yang dipakainya juga bagus?” Rasulullah menjawab: “Sesungguhnya Allah itu Maha Indah, dan menyukai keindahan, hakikat sombong itu ialah menolak kebenaran dan merendahkan orang lain.” 
 (HR. Muslim)

Ketika seorang lelaki berjalan dengan mengenakan pakaian yang gah, rambut tersisir rapi sehingga ia takjub pada dirinya sendiri, seketika Allah membenamkannya hingga ia terpuruk ke dasar bumi sampai hari Kiamat.” 
 (HR. Al-Bukhari)

semoga peringatan ini berguna buat kita semua yang sering memperkatakan tentang amal kita, sering membandingkan amal kita dengan orang lain dan yang sering merasakan diri lebih berbanding orang lain. Maka berhati-hatilah kita semua. Moga Allah mengampuni kita semua, dosa-dosa kita dan moga Allah menjadikan kita golongan yang bertakwa!

Ayah Paksa Saya Ikut Jamaah Dia

Posted on by Abdullah Zaik
Address : Sila Klik

Saya ingin memberikan sedikit komentar terhadap beberapa komen pembaca di blog beliau kerana saya merasa terpanggil untuk menjawab beberapa persoalan yang telah dipaparkan di situ.


Komentar 1 : Orang Lama, di Julai 9, 2010 pada 10:16 am 

"....Salam, Saya amat bersetuju dengan pandangan Ustaz dan amat bersimpati dengan anak2 yang telah diberi tekanan oleh beberapa individu tertentu dengan menggunakan ibubapa untuk memaksa anak2 yang komited dengan dakwah yang mereka yakini menukar jamaahnya mengikut jamaah ibubapa mereka. Akibatnya berlaku suasana yang tegang dan merosak keharmonian keluarga dan hubungan antara sesama muslim. Bukankah soal memilih jamaah ini soal furu’ sedangkan menjaga ukhwah antara sesama muslim adalah soal yang pokok didalam agama?

Saya ingin menyarankan demi kebaikan Islam, yang PERLU BERUBAH ialah IBUBAPA serta MEREKA YANG BERKEPENTINGAN untuk mengubah anak2 ini. Ubahlah ‘cara berfikir’ anda terhadap saudara2 DUAT kamu yang lain. Islam dan dakwah bukanlah milik monopoli jemaah anda sahaja. Islam dan Dakwah adalah milik Allah. Takwa disisi Allah adalah berdasarkan usaha masing2 dan bukan berdasarkan LABEL jemaah tertentu yang telah DIIKTIRAF oleh JAMAAH INDUK yang tertentu. Saya ingin nyatakan disini, tindakan2 keras anda terhadap anak2 dan juga sesama duat dengan seolah2 menganggap usaha mereka salah memberi gambaran bahawa Jamaah anda SOMBONG, KAMI SAHAJA YANG BENAR, tidak menggambarkan semangat dakwah yang dibawa oleh Imam Hasan Al-Bana. Persepsi sombong ini tidak akan menguntungkan dalam anda bersama2 berjuang dimedan yang luas diluar sana. Slogan KESATUAN yang anda bawa juga tidak memberi sebarang makna dan yang lebih parah lagi ialah sikap KERAS yang diambil ini menimbulkan suasana ‘ketegangan’ diantara pengikut2 yang masih muda yang ikhlas bekerja didalam dakwah. Sama2lah kita fikirkan..."

sedikit komentar saya :

saya melihat komen ini bersikap prejudis kepada para ibubapa yang barangkali terlibat dengan dakwah di gagasan dakwah lain (mungkin difahami oleh sesetengah orang sahaja). Kenapa harus ibubapa yang dijadikan bahan serangan? Kenapa tidak anak-anak juga dinilai dengan perkara yang sama?

kita sering menyalahkan ibubapa, sedangkan kita lupa untuk memeriksa perihal diri kita, siapa kita, apa yang telah kita lakukan sehingga perkara-perkara seperti ini boleh terjadi. Pernahkah kita mengambil masa sejenak memikirkan akan hal ini? Pernahkah kita bertanya dalam hati kita mengapa terkadang sesetengah ibubapa terpaksa meminta dari anak-anak untuk bersama dengan mereka dalam gagasan yang mereka bina dan bawa selama ini.

Apakah seorang dai'e yang mengakui bahawa memahami Islam, manhaj perubahan boleh menuturkan perkataan seperti sombong, dan lain-lain perkataan untuk memburuk-burukkan ibubapa dan gagasan dakwah mereka?

Kenapakah sikap KERAS yang dimaksudkan hanya ditujukan kepada para ibubapa sedangkan para anak juga mempunyai karekter yang lebih keras dan kadangkala lebih menyakitkan hati para ibubapa. Benarlah kata Rasulullah SAW, kita sering melihat dosa kita itu seperti lalat dan hanya ianya boleh dihilangkan dengan menghalaunya, akan tetapi bagi seorang yang beriman, dia akan melihat dosanya ibarat gunung.

Rasulullah SAW bersabda : “Orang yang jahat akan melihat dosa-dosanya seperti lalat yang hinggap di hidungnya, dengan santai dapat diusirnya hanya dengan mengibaskan tangan. Adapun seorang mukmin melihat dosa-dosanya bagaikan duduk di bawah kaki gunung yang siap menimpanya.”  
(HR. Al-Bukhari)

seperkara lagi, apakah patut perkataan-perkataan seperti ini ditayangkan bagi mereka yang benar-benar memahami dan mengikuti manhaj yang dimaksudkan (sesetengah org sahaja mungkin memahami maksud ayat saya) dengan meluahkan kata-kata / statement begini :   

"..Takwa disisi Allah adalah berdasarkan usaha masing2 dan bukan berdasarkan LABEL jemaah tertentu yang telah DIIKTIRAF oleh JAMAAH INDUK yang tertentu.."

bagi seorang yang matang dengan dakwah dan berdisiplin, tidak seharusnya kata-kata sinis seperti ini keluar ke tatapan umum bahkan ianya lebih memburukkan keadaan. Sekiranya mafahim pengomentar ini jelas, nescaya beliau tidak akan mengeluarkan statement seperti ini. Statement seperti ini boleh "dibaca" oleh sesiapa sahaja, baik mereka yang bersama, atau mereka yang berada di luar "jemaah induk" yang dimaksudkan bahkan ianya hanya akan menjadi fitnah yang lebih besar.


Semoga Allah memberikan ketaqwaan yang tinggi kepada "orang lama". Moga orang lama memahami apa perkara yang patut disiarkan dan apa yang tidak patut disiarkan kerana anda sudah lama memahami manhaj ini. Inilah disiplin dan cara kerja kita. Selagi mana tidak ada keperluan untuk itu, maka, janganlah dengan sewenangnya kita bertindak sedemikian. Moga Allah mengampuni setiap dosa kita, memelihara niat kita.

............................................................................................................

Komentar 2 :  hu hu, di Julai 11, 2010 pada 1:36 am 
 
"....susah apabila ibubapa dah tak berfikir secara waras, terlalu ikut sgt emosi, ye lah emosi ni bila org cucuk jadilah dia tindakan, yg mencucuk pula cucuk pakai penipuan dan cerita2 reka, lagilah, padahal kalau anak nak kawen, boleh pulak kalau org bukan jemaah dia lah, padahal kalau anak yg dah lama tak ikut mana2 jemaah, biar je tak ikut mana2 jemaah, maaf agak pedas, yela orang yg kena paksa biasanya emosi jugak!.."

komentar dari saya :

‘Abdullah ibn ‘Umar r. anhuma pernah menerangkan bahawa dosa-dosa terbesar ada 9, iaitu:

"....Mempersekutukan Allah, membunuh orang lain (tanpa hak), melarikan diri daripada pertempuran, memfitnah seorang wanita (dengan tuduhan zina), memakan riba’, memakan harta anak yatim, berbuat maksiat dalam masjid, menghina ibubapa dan (menyebabkan) ibubapa menangis disebabkan kederhakaan (anak kepada mereka berdua).
.."
(HR Bukhari : Al-Adab al-Mufrad)

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman : "....Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibubapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Uff”, dan janganlah engkau menengking (dan/atau) menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)..."
(Al-Isra' :23)

"..susah apabila ibubapa dah tak berfikir secara waras..!"

bagi anak-anak yang masih sayangkan para ibubapa mereka, sekiranya masih ada di hati kalian sikap seperti di atas, maka cepat-cepatlah kalian beristighfar kepada Allah. Apakah pertuturan seperti di atas selayaknya dihamburkan kepada para ibubapa yang berada dalam dakwah? Apatah lagi mereka inilah yang mengandungkan, menjaga dari kecil, menafkahkan, memberikan didikan agama, dakwah dan tarbiyyah, bersusah payah menyara kalian, hidup mati bekerja untuk sebuah keluarga sakeenah.

Abu Hurairah ra berkata, Rasulullah WAS pernah bersabda:“Sungguh hina, sungguh hina, sungguh hina!”Baginda ditanya: “Siapakah wahai Rasulullah (yang hina itu)?” Baginda menjawab:Orang yang mendapati orang tuanya dalam keadaan tua, sama ada salah seorang atau kedua-duanya, kemudian dia tidak memasuki syurga..."
(HR Muslim: Kitab al-Birr wa al-Solah wa al-Adab)

Rasullullah WAS bersabda: "Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa..."
(HR Al-Bukhari : Kitab al-Syahadat)

Apakah harus seorang dai'e yang dikatakan memahami manhaj taghyir, mengenali dakwah yang sahih, tarbiyah imaniyyah yang daqiq lagi jelas, akhirnya setelah mendapat kesemua itu, mereka bersikap lebih tidak hormat kepada ibubapa mereka? Apakah setelah kalian menerima tarbiyyah, kalian menjadi lebih kasar seperti ini? Apakah ini menjadi unjuran asas kepada dakwah kalian. Apakah para Ibubapa ini selayaknya terus dihujum lantaran  tidak memahami dakwah, tidak asli dakwahnya, tidak tepat manhajnya (padahal sebenarnya ini merupakah hanya  perkiraan/zhon kita sahaja, yang barangkali baru sahaja membaca/mengenali satu dua buku haraki, mampu berbahasa arab dan membaca buku arab, dan beramal dengan satu dua amal sudah mampu mengkritik para ibubapa)?


Rasulullah WAS bersabda: "..Janganlah kalian membenci ayah kalian. Sesiapa yang membenci ayahnya maka dia kufur
.."
(HR Al-Bukhari : Kitab al-Fara’id)

alangkah beruntungnya kalian yang mempunyai para ibubapa yang mereka juga berada dalam gagasan dakwah berbanding mereka yang ibubapanya tidak pun mengenali manhaj, tarbiyyah apatah lagi dakwah. Alangkah dan lebih beruntungnya kalian kerana kalian tidak dikurniakan Allah para ibubapa yang sikapnya seperti Ibu Mus'ab Bin Umair. Dan alangkah beruntungnya kalian kerana masih punyai ibubapa berbanding mereka yang telah kehilangan mereka. Fikirlah sebelum kita terlambat..fikirlah dan bertaubatlah. Moga Allah ampuni "huhu" dan juga saya kerana kita sering tidak terlepas dari dosa.

untuk lebih memahami : sila klik
......................................................

komentar 3 : abu muaz, di Julai 15, 2010 pada 3:29 am 

"....Setiap orang ada pemikiran yg terbentuk dari ilmu, kefahaman & pengalaman yg dia dapat. Paksa seseorang utk ikut benda yg bukan pemikiran dia..hanya akan ROSAK kan diri dia. Mustahil kerja da’wah boleh berjaya dgn pura-pura. Kalau ayah/ibu boleh ubah pemikiran anak dgn baik supaya ikut telunjuk mereka, cubalah….kalau dah tak boleh, jangan salahkan orang lain pulak kerana anak jumpa mak/ayah dia dulu sebelum jumpa orang lain, tapi kenapa anak tak nak ikut mak/ayah?? Yang pasti anak tu memang nak bekerja, jangan sekat mereka. Jangan pulak kata orang lain tu meracuni (dan menyesatkan???) anak dia. Perkataan mcm tu tak sepatutnya wujud dlm kamus seorang da’ie. Jangan perlekah dan rendahkan kemampuan anak2 yg soleh dan kita sendiri yg didik, utk buat keputusan dalam dunia ni. Mereka masih waras. Disebaliknya, ada satu pihak menjelajah semata2 nak cerita hal ehwal satu pihak lain, hatta kpd ‘anak2 kecil da’wah’…apa ini?? Reverse psychology ??? Mungkin juga ini antara kesannya kpd anak2 tadi.

komentar dari saya :


Seorang daie itu harus tenang, baik dalam berbicara atau penulisan. Jangan kerana emosi menguasai diri, ibubapa dijadikan bahan untuk dibenci dan sering dicari-cari kesalahan mereka.

Berkenaan "menjelajah" semata nak cerita hal ehwal pihak lain, saudara harus sedar. Fitnah telah begitu berleluasa. Kalau tiada ribut, masakan pokok akan bergoyang, apatah lagi bergoncangan. Fitnah ini telah tersebar luas hatta jika dilihat, di mana-mana blog mereka yang cukup marah dan tidak suka jamaah ibubapa seringkali mengeluarkan artikel-artikel yang tidak menunjukkan matangnya mereka dalam dakwah. Apatah lagi mengeluarkan komen-komen yang pastinya melukakan para hati ibubapa ini. Kalian sendiri mampu menafsirkan setiap artikel-artikel yang dikeluarkan.

Sekarang ini, si ayah telah dihujum dengan begitu kuat sekali, apakah setelah mereka dihujum, difitnah, mereka tiada hak untuk mempertahankan diri? Ini ibarat kita mengikat tangan mereka kemudian kita menembak mereka dari jauh. Perkara ini telah terjadi sekian lama dan rawatannya perlu diketengahkan dengan segera. Apakah dalam hati kita ini, kita sahaja yang berhak bersuara dan membiarkan ayah sendiri dikambing hitamkan?

Kes jajaan buruknya ibubapa, sikap ibubapa, jamaah ibubapa sering dijadikan hidangan di serata dunia. Bahkan terlalu banyak rakaman dan audio yang terakam. Tangan yang dikurniakan Allah masih lagi mampun untuk menahan. Namun, bukanlah persoalan ini yang ingin kita bangkitkan kerana kelak nanti, kalau tidak ditayangkan di dunia ini pun, Allah akan menayangkan perbuatan-perbuatan menjaja keburukan jamaah ibubapa akan dipaparkan untuk dilihat seluruh ummat manusia di mahsyar kelak! Nescaya dan pasti dan amat pasti bagi mereka yang berbicara "kami tidak melakukannya, kami tidak bercakap tentang ini" akan tersingkap di mahsyar kelak!

....................................................................

komentar 4 : anak ayah, di Julai 15, 2010 pada 1:08 pm 
 
"....beberapa tahun dulu, saya pernah duduk2 bersembang dgn seorang doktor, mantan YDP JIM di sebuah negeri. katanya beberapa perkara yg dia rasa x setuju dgn jemaah ni adalah perasaan paling betul, paling benar dan paling baik. jemaah orang lain tak betul, tak benar dan salah. seharusnya bila dapat AMANAH sbg IM di malaysia, seharusnya bukan nak berbangga dan claim plg benar. tp ia adalah TANGGUNGJAWAB utk membenarkan dan membuktikan yg mmg betul2 layak terima untuk menjadi qudwah kepada semua jemaah lain. begitulah cara IM membentuk kesatuan. tp yg berlaku, sibuk mencari kesalahan & kekurangan jemaah lain, sedangkan ‘kocek masih koyak dan perlu ditampal sana-sini’. janganlah kawan-kawan ayah yg sibuk nak menjemaahkan anak-anak ayah, tp anak-anak kawan-kawan ayah tak ikut jemaah kawan-kawan ayah tak ada masalah, tak berada dalam arus perdana pula tu. kami tgk pun kecewa dgn sikap yg begitu.
~lapang dada juga, tp siapa boleh tahan bila tiap kali dijadikan mangsa, suruh lapang dada dan jangan cerita kat orang. senyap-senyap sudah. tu kan jemaah IM, qarar wajib ikut.."

komentar dari saya : 

Sebelum terjun jauh ke dalam perbincangan, apakah benar mereka ini mengklaim diri mereka sebagai paling benar, paling sahih atau perkara ini berlaku sebaliknya? Masakan timbul isu-isu seperti tiada amal, amal tak jalan, mafahim kurang, dan lain-lain. Harap tiada penafian kerana segala bentuk bukti ada dan jika tidak di dunia, maka, nanti CCTV Allah yang bakal ditayangkan di hadapan seluruh ummat kelak!
sebagai seorang dai'e yang matang, kita tidak seharusnya terjebak dengan persoalan-persoalan siapa Ikhwanul Muslimin di Malaysia bahkan kita terasa sungguh malu dengan semua ikhwani di seluruh dunia kerana mereka tidak disibukkan dengan persoalan-persoalan yang tidak matang seperti ini. Contoh boleh dilihat di : sila klik

Di Malaysia pula suasananya berbeza. Kita masih lagi disibukkan dengan persoalan-persoalan yang terang-terang tidak menambahkan iman sedikit pun bahkan boleh mencetuskan berkurangnya iman apabila dengan persoalan-persoalan tadi menjebakkan kita ke kancah ghibah (mengumpat), mengata dan memperlekehkan orang lain.

Bahkan dilihat dalam komen-komen di blog Ust Abdullah Zaik, seringkali kalimah-kalimah "Ikhwanul Muslimin" disentuh-sentuh oleh pengomentar sedangkan bagi mereka yang memahami dengan jelas ال أي شيء ندعو الناس , mereka pastinya tidak terjebak dengan perkara ini bahkan bagi mereka yang jelas dengan tarbiyyah, soal siapa ikhwan itu tidak sepatutnya timbul bahkan Ikhwanul Muslimin bukanlah satu jaminan atau tiket kepada masuknya kita ke dalam syurga. Barangkali kalau orang-orang Ikhwan baca blog yang terdapat persoalan2 seperti siapa ikhwan, ikhwan dan ikhwan, pasti mereka menggelengkan kepala!

.........................................

komentar 5 :

Maka mereka diajak bergabung bersama mak ayah, ada yang mahu, ada yang tidak. Ada yang dipaksa oleh pakcik2, makcik2, datang dengan sedih bercerita, dan ada juga tersenyum kerana hal ini telah habis lama. Mereka akui mereka seronok bersama ISMA, seronok berjuang bersama. Pernah saya guna ayat menghalau, suruh mereka ikut mak ayah, betulkan saf mak ayah, tapi ” awak tak tau perasaan kami, ini umpama mimpi2 yang kami cari, mimpi indah berjuang” jawab mereka. saya rasa sedih, kasihankan mereka. Doa saya agar mereka tabah, tidak dic0p anak derhaka, tidak disebarfitnahkan sebagai pembelot.

komentar dari saya :

Apakah kalian juga tidak tahu yang ibubapa ini datang dengan wajah yang sedih, tangisan yang berderai dari mata mereka jatuh ke pipi sudah cukup menggambarkan betapa pedih, perit, sakit dengan apa yang dialami mereka. Dan keperitan ini terpaksa ditanggung bertahun lamanya (kerana arahan gagasan telah membelenggu mulut mereka) hinggalah apabila mereka bersuara tentang kesedihan yang dihadapi, para anak pula boleh mengumpat mereka dan memberikan kepercayaan mereka kepada orang lain lebih berbanding para ibubapa ini.

barangkali perkara ini tidak dirasai orang muda, namun, mereka akan mengalami perkara yang sama setelah anak-anak mereka membesar, mengenali manhaj taghyir yang mungkin lebih berbeza dengan mereka kelak!

Kenapa anak-anak yang sering dikasihankan sedangkan ibubapa pula sering dijadikan hujuman? Inikah tarbiyyah rabbaniyyah yang telah Rasulullah SAW terapkan?

Barangkali tidak pernah ada pun istilah "anak-anak adalah pembelot" kerana tidak mengikuti dakwah yang digagaskan oleh ibubapa dan ini hanyalah rekaan sebagai tabrir untuk tidak bersamad dengan gagasan dakwah ibubapa.

Moga Allah mengampuni dosa-dosa kita semua dan moga kita semua terus bersikap tawaduk dalam setiap perkara yang kita lakukan!

.............................................................

Komentar 6 : mahyudin, di Julai 19, 2010 pada 5:21 pm 
 
"....apa yg berlaku ada kaitan dgn kefahaman.. saya ada juga berkawan dgn mereka yg di kata berada di dlm Jemaah Bapa..jika tidak kenapa sampai keluar kata2 golongan sesat dll yg sepatutnya…kenapa mereka mengguna kata2 yang berbentuk ugutan dan ancapan krn langgar baiah laa…semacm mereka tahu pula perkara kemuadian hari ..kerana lahir perkatan pulau ..seakan kisah Kaab Bin Malek di Zman Nabi… kenapa kenapa mereka sanggup menafikan hak sesorg untuk mendidik dan mentarbiah anak Islam …disekolah yg di miliki mereka.. kalau dah begitu ..knpa pula sampai suruh letak jawatan.. bagi saya ini suatu tindakan ektrim …ada yg berkata mereka saja boleh bercakap mengnai dakwah IM ..org lain boleh .. hebat sungguh depa …bagi saya masing2 dah ada kapal, belayar lah dilautan luas carilah madu .. beramalah ..tak payah dok sebuk2 …"

komentar dari saya :

jikalah benar ada di antara mereka yang mengeluarkan kata-kata sedemikian, moga Allah ampuni dosa beliau. Bahkan, menyesatkan segolongn manusia yang beriman adalah dilarang sama sekali dalam Islam.

dikatakan diminta letak jawatan dan sebagainya, kita sebagai dai'e yang tidak tahu hujung pangkalnya, adalah lebih baik kita berdiam diri daripada bercakap tentangnya. Dibimbangi kita telah tersalah dalam menilai perkara tersebut.

Sekiranya benar berlaku (hanya sesetengah sahaja yang tahu barangkali), moga Allah ampuni mereka yang telah meminta untuk resign dsbnya. Barangkali ada maslahah yang perlu dijaga, demi kebaikan perjalanan dakwah di malaysia.

Saya ingin membawa sebuah contoh, di kampung kita ada sebuah syarikat SONY, yang mana punyai kakitangan yang ramai serta ikhlas bekerja untuk SONY, namun, tanpa mereka sedari, dalam syarikat SONY tersebut, ada seorang pekerja yang sebenarnya bekerja untuk sebuah syarikat PANASONIC yang jelas-jelas telah membocorkan rahsia tentang SONY kepada PANASONIC dan selama ini telah membawa keluar barangan SONY, ditiru, diciplak, dan dihak milikkan kepada PANASONIC dan dalam masa yang sama PANASONIC mengkritik mutu barangan SONY kurang bagus, kurang dan kurang segalanya. Apakah CEO syarikat SONY tidak berhak untuk memberhentikan pekerjanya yang selama ini berbuat sesuatu yang lain di luar pengetahuannya sebelum ini?

hal ini patut difahami oleh semua pihak.

tidak timbul soal menafikan mereka untuk mendidik sedangkan mereka ini sudah pun dahulu diberi ruang bertahun untuk mendidik, dibayar utk mendidik, ditanggung oleh gagasan untuk mendidik generasi rabbani, semuanya diberikan! Yang akhirnya, mereka berbuat perkara lain!Kalau  kalian punyai kawan yang kalian thiqahkan dan berikan tanggungjawab untuk mereka laksanakan sesuatu kerja, namun akhirnya kalian dapati kawan kalian berbuat sesuatu yang tidak kalian minta beliau lakukan bahkan menyalahi apa yang kalian inginkan, apakah kalian harus terus tetap menyatakan "ya, tidak mengapa, teruskanlah!"

berfikirlah kita secara waras, rasional dan janganlah emosi itu menjadi tuhan di hati kita sehingga sanggup mengenepikan hak anak terhadap kedua ibubapa sehingga sanggup melukakan hati mereka.
..................................................

terima kasih kerana membaca. Semoga Allah mengampuni penulis, dan juga pengomentar sekiranya jauh dari landasan Allah. Moga Allah memelihara kita dari Azab Neraka yang sungguh dahsyat dan pedih!

Moga Mendapat Manfaat

Saya mengikuti setiap tulisan Ust Abdullah Zaik dengan penuh cermat dan juga setiap komen pembaca yang terpampang di ruangan komen. Ada yang berbentuk provokatif, motivatif, positif , negatif dan ada juga yang bersikap prejudis serta tidak adil dalam memberikan komentar. Setiap komen dan tulisan yang kita paparkan dirakam oleh para malaikat dan bakal ditayangkan kepada seluruh manusia di mahsyar kelak. Jadi, takutlah kita kepada Allah dan senantiasalah kita berhati-hati dalam setiap pertuturan kita.

Pertamanya, segala komen saya tidak disiarkan langsung di dalam blog beliau. Saya kira, sebagai dai'e, penulis makalah di laman tersebut, Ustaz Abdullah Zaik, seharusnya memberikan ruang kepada para pembaca tulisan beliau untuk memberikan komentar selagi mana tiada unsur-unsur ugutan, berniat jahat, carut marut, maki hamun dan sebagainya. Sebagai seorang yang memimpin sebuah gagasan yang besar (ISMA-Ikatan Muslimin Malaysia), seharusnya Ustaz Abdullah Zaik lebih berani, dan lebih terbuka. Banyak komentar yang disiarkan bersifat berat sebelah dan tidak berani dipaparkan kepada umum.

Sekian dari admin, yang juga menyayangi Ustaz Abdullah Zaik dan dakwah serta gagasan yang beliau pimpin sekarang ini.